Tuesday, August 4, 2009

Majlis Tamat Perkhidmatan Kor Kadet Polis Shah Alam 2009


Majlis Tamat Perkhidmatan Kor Kadet Polis Daerah Shah Alam 2009 akan diadakan pada 24 Oktober 2009 bertempat di SMK Kota Kemuning. Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan mengenang jasa anggota kor kadet polis terutama pelajar tingkatan lima yang telah banyak berjasa dan memberikan komitmen dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang lima tahun sebagai anggota kor kadet polis. Majlis ini dijangka akan dirasmikan oleh YDH ACP Noor Azam Bin Jamaludin (Ketua Polis Daerah Shah Alam). Antara program yang akan dilaksanakan sempena majlis ini ialah seperti pameran dari cawangan persenjataan PDRM, persembahan multimedia kejayaan Kor Kadet Polis Shah Alam sepanjang tahun 2009, kawalan kehormatan dan penyampaian sijil tamat perkhidmatan kepada anggota kadet tingkatan lima.

Saturday, July 18, 2009

Latihan Menembak M16





Latihan Menembak M16 anjuran IPPD Shah Alam tahun 2007 telah diadakan di Lapang Sasar PDRM Kuala Kubu Bharu. Di dalam pertandingan ini anggota wanita Kor Kadet Polis SMKJK Anis Nabila bt Othman telah muncul sebagai Johan manakala bagi kategori Pegawai pula, Insp (K) Md Latif Md Nor dari SMKJK telah memperolehi tempat ketiga.

Lawatan ke Muzium PDRM Kuala Lumpur

Lawatan ke Muzium PDRM Kuala Lumpur sempena Sambutan Hari Polis Ke 200 tahun.

Wednesday, July 15, 2009

Latihan Menembak Revolver IPPD Shah Alam 2009





Barisan Pegawai yang menyertai Latihan Menembak Revolver IPPD Shah Alam 2009 bertempat di Lapang Sasar PDRM Jeram, Kuala Selangor.

Karnival KoKurikulum SMKJK 2009




Karnival KoKurikulum SMKJK 2009 telah diadakan pada hari Ahad 28 Jun 2009. Pelbagai acara telah diadakan. Pasukan Kor Kadet Polis telah menghantar dua platun ke Pertandingan Kawat Kaki badan-badan beruniform. Di dalam pertandingan tersebut, Platun lelaki telah muncul sebagai Johan. Tahniah diucapkan....
Di samping itu juga, Pasukan Kor Kadet Polis juga telah mengadakan jualan bagi menambah dana persatuan di samping membantu pihak sekolah mencari dana bagi aktiviti kokurikulum sekolah..