Tuesday, August 4, 2009

Majlis Tamat Perkhidmatan Kor Kadet Polis Shah Alam 2009


Majlis Tamat Perkhidmatan Kor Kadet Polis Daerah Shah Alam 2009 akan diadakan pada 24 Oktober 2009 bertempat di SMK Kota Kemuning. Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan mengenang jasa anggota kor kadet polis terutama pelajar tingkatan lima yang telah banyak berjasa dan memberikan komitmen dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang lima tahun sebagai anggota kor kadet polis. Majlis ini dijangka akan dirasmikan oleh YDH ACP Noor Azam Bin Jamaludin (Ketua Polis Daerah Shah Alam). Antara program yang akan dilaksanakan sempena majlis ini ialah seperti pameran dari cawangan persenjataan PDRM, persembahan multimedia kejayaan Kor Kadet Polis Shah Alam sepanjang tahun 2009, kawalan kehormatan dan penyampaian sijil tamat perkhidmatan kepada anggota kadet tingkatan lima.